Pembinaan Sandakan City Centre

Sandakan City Centre ialah projek usaha sama dengan Majlis Perbandaran Sandakan. Ianya diusahakan oleh Integral Acres Sdn Bhd dan disokong oleh PR1MA.

Pembinaan fasa pertama melibatkan bangunan pejabat dan kedai yang dinamakan "Sandakan Square" telah siap pada tahun 2019. Ianya belum dibuka ke umum sehingga hari ini.

Projek pembinaan apartment PR1MA yang dinamakan "Residensi Elopura"telah dimulakan sejak tahun 2016. Pembinaannya kemudiannya ditangguh pada tahun 2021 kerana penamatan kontrak dengan kontraktor projek tersebut.